Moga ada kebahagiaan untuk ku..






mmm.....

amin...
Lanjutan dari keinginan pencarian kesan dari pembacaan buku tulisan Kassim Thukiman (rujuk entry lalu), hati saya terkinja-kinja hendak mencungkil rahsia dimanakah kekuatan Negara Islam hingga kemerdekaan Tanahair kita terpaksa dituntut kepada satu bangsa yang bukan berdauhlahkan Islamiyah.
Memetik sedikit isi artikel bertajuk ‘Membongkar sejarah tentera Islam Hanzar dan Hitler’.
….. Mengapa Mufti Baitul Maqdis Sheikh Amin al Hussein boleh bekerjasama dengan Hitler yang zalim itu?....
Antara Nazi dengan orang Islam mempunyai musuh yang sama; British, Yahudi dan Komunis. Pengisytiharan Palestin sebagai Wilayah haram Israel, penjajahan Negara Islam oleh British, kejatuhan Kerajaan Bani Uthmaniah dan kebangkitan Zionis adalah rentetan kepada usaha Sheikh Amin al Hussein membuat kerjasama ketenteraan ini.
Penubuhan division Hanzar yang diketuai sendiri oleh Sheikh Amin al Hussein dianggotai 100,00 muslim
Malangnya, ramai yang tidak mengetahui kerana sejarah kezaliman Hitler telah menenggelamkan sesuatu yang ingin disembunyikan. Ketika itu ramai pemimpin-pemimpin Negara Islam yang baru merdeka daripada penjajah terus mewujudkan kerjasama dengan bekas penjajah demi mengekalkan survival politik mereka. Sedangkan Sheikh Amin al Hussein telah hidup dalam buangan sejak 1937 hinggalah ke akhir hayatnya pada tahun 1974 (*17 tahun selepas
Lagi, tertarik untuk saya mengeluarkan sedikit intipati muqaddimah pengarang Hj. Abdul Malik Bin Abdul Karim Amirullah dalam kitab klasik jawi bertajuk ’Cara Mengenal Tuhan’.
…… Bertambah meluaslah pergaulan dan percampuran suku-suku bangsa dan pemeluk agama. Masing-masing membawa adat istiadatnya dan pandangan hidup, dengan sendirinya telah turut membina kebudayaan Islam…
…… Kemajuan penyalinan falsafah Yunani, terutamnya falsafah Plato dan Aristotles menyebabkan timbulnya pertimbangan-pertimbangan secara falsafah. Maka kemajuan falsafah itu kadang-kadang dapat meragukan orang daripada agama. Orang yang lebih banyak mengemukakan dalil fikiran daripada dalil kepercayaan…
…..Akhirnya kemaiuan barat dalam cara berfikir tadi menimbulkan perubahan baru yang merubah sama sekali jalan sejarah. Datanglah penjajahan barat kepada alam timur. Benua Eropah yang dahulunya separuh telah pernah jatuh bawah pengaruh Islam, sekarang kembali mendudukki Negara Islam. Maka seketika bangsa barat itu masuk ke negeri-negeri Islam, mereka mendapati raja-raja Islam sedang leka dengan istana dan gundeknya. Ulama’-ulama’ Islam sedang mengaji kitab-kitab lama, pesaka lama, berkhayal mengenangkan zaman yang telah lama berlalu…
Apa yang dapat kita gambarkan dari dari petikan-petikan diatas? Sesungguhnya kita acapkali diperingatkan tentang strategi barat; tv, radio, buku, pelajaran di sekolah bahkan mak ayah kita pun selalu cakap. Disuruh meneladani pejuang/pemimpin Islam hakikatnya, kita tidak diperlihatkan tentang sejarah dari dahulu hingga kini yang tidak lari dari konsep ketuhanan dan agama. Mmm…mungkinkah terlalu banyaknya bayang-bayang western centric hingga menutupi apa-apa yang sebenarnya?