Tuesday, September 16, 2008

Dari hati seorang hamba..

Aku menulis hari ini 16 september 2008. Satu tarikh yang disedari oleh sebilangan, segolongan kelompok manusia yang celik politik. Aku bukanlah penggiat politik yang aktif untuk menjana kepentingan tetapi tulisan ku ini adalah dari detikan hati seorang bergelar hamba yang takut pada ketentuan-Nya atas peringatan ‘Kerosakkan yang berlaku di muka bumi ini adalah berpunca dari tangan manusia itu sendiri’

Bagaimana mana kita nak menyedarkan diri kita bahawa hidup kita ini hanya pinjaman (seperti kata boss aku). Andai manusia ingat akan janji semasa asal kejadian, pasti kita akan bertafakur penuh penyesalan. Kita banyak menumpahkan dosa pada diri dan sekeliling kita. Mari kita sucikan seluruh pancaindera kita..

Ya Allah selamatkan tanah pusaka bumi Malaysia kami ini. Jauhkan dari huru hara dan bala bencana. Ini antara petikan bacaan doa yang aku selalu dengar dari Mufti Johor, Datok Nuh Gadut sewaktu memulakan siaran radio best 104 Johor beberapa tahun lepas(sekarang dengar channel lain). Berikanlah kami petunjuk ke atas setiap perilaku kami, berikan kami petunjuk atas jalan hidup kami.

Dunia hari ini, manusia dilihat terlalu berani hingga terlupa akan ada yang lebih berkuasa. Lihat sajalah, dulu darah kotor ditumpahkan di negeri orang, darah kita darah perjuangan. Tapi kini darah kosong dan kotor berada dekat dengan kita. Dulu cerita, fitnah besar berada di tempat orang, kini semuanya dipersekitaran kita…benarlah tanda kiamat seperti yang tertulis di kebanyakan kitab-kitab.

Aku teringat salah satu post dari G-heart Muslim tentang solat. Memang ada logiknya jika perpecahan ummah hari ini berpunca dari solat jemaahnya yang sudah kurang sempurna dari sudut susunan saf-safnya. Sudah ramai juga yang melupakan Al-Quran, sebab itu hatinya mudah terpengaruh oleh ideologi sekular. Bila kita lihat sekeliling, saya akui masih ramai yang baca Quran, baca yassin tetapi… bila diamat-amati, subhanallah! Bacaan yang boleh diterima 1 per 50. Kenapa aku kata begitu? Apa ertinya bacaan Quran tanpa tajwid? Kan hancur namanya. Sedih yang amat bila dibuat kelas pelajaran Al-Qur an, berapa keratlah yang hadir… selain alasan-alasan yang cukup ringan utk mengelak. Bersyukurlah bagi mereka yang berusaha untuk belajar itu lebih baik tetapi itu tidak cukup untuk diwariskan kepada generasi sekampung dalam tempoh jangka panjang. Bimbang ‘charge’nya akan habis sebelum sampai waktu. Ini bukan rekaan, ini benar berlaku disetiap penglibatanku dalam pelbagai keadaan, pelbagai peringkat umur.

Natijahnya, ia membawa kepada… inilah apa yang berlaku kepada Negara kita.

Mari kita sama-sama berdoa untuk para pemimpin kita agar mendapat petunjuk, mari kita berdoa untuk saudara-saudara kita agar dilimpahi kasih sayang, mari kita berdoa untuk ahli keluarga kita agar dikuatkan sillaturrahim dan mari kita berdoa untuk diri kita sendiri agar diberi kekuatan bagi menghadapi arus akhir zaman ini..

No comments:

Post a Comment