Friday, September 5, 2008

Pintu Ramadhan dengan ujian

Satu Ramadhan ku kali ini memberi sejarah..... Ya Allah.... tak sangka pulak terkena time ni, terperanjat. Semua urat ujung rambut sampai ujung kaki tegang. Bisa2 rasanya.

Dah lama tak kena demam, hah! kau.. ambik... berpakej aku dapat. Alhamdulillah.... tuhan bagi hadiah pencuci dosa..

Puasa pertama aku dan adik ke-4 ke Bandar Segamat untuk beli tiket adik bongsu balik Terengganu (sekali harga tiket naik, RM7!) lps raya nanti. Balik, sampi rumah je dah tak sedap badan. Aku guna tips mcm selalu 'jangan layan'.. tapi kali ni dia makin nak dekat, nak dekat. Rimas jugak. Akhirnya mlm tu, suhu badan mula naik. Aku minum air penyejuk 'cap badak', mkn vitamin utk tebus tenaga. Nampaknya kali ni aku kena akur dengan perjanjian Allah. Ya aku disahkan demam kuat (hhhh!!! mengigil tubuh seram sejuk).

Walaubagaimanapun, syukur aku masih boleh senyum, ketawa.., menjalankan ibadat seperti biasa. Seperti Puasa kita tak boleh kata ia gangguan hidup, begitu juga dengan ujian serangan demam. Ia sebenarnya beri peluang kita untuk berehat. Orang yang tidak sihat, emosinya mudah terganggu. Sewaktu menunggu giliran di klinik, aku pun pelik dlm lemah badan tu boleh menjadi pemberontak (dahsyat tu!!) menyimpan rasa geram (sebab lambat dipanggil). Rasa macam nak tendang2 dinding klinik tu. Kenapa jadi begitu? o.. itu menunjukkan kita masih ada jiwa yang kuat untuk memberi sesuatu pada diri. Apa kata tukarkan tindakan negatif itu kepada sentuhan positif untuk merangsang diri supaya cepat sembuh.

Kita cepat sembuh bukan setakat bergantung kepada ubat sahaja atau pemakanan tetapi terapi minda pun perlu dibelai supaya ia boleh menjadi sumber ubat kita cepat pulih.

Ini ujian bagi saya, saudara pula macammana? Apapun, hadapilah dengan tenang kerana dari ketenangan itu datangnya azimat yang menjadi ubat....

*pastikan diri boleh senyum dan ketawa dengan ikhlas dan kekal comel sentiasa... itu ubat sampingan.

No comments:

Post a Comment