Wednesday, September 10, 2008

Lelaki Pilihan siri 2

Sudah terlalu lama benar rasanya saya meninggalkan post 'Lelaki Pilihan'. Tertangguh akibat kehilangan kitabnya. Hu hu..dah jumpe dah...saya mengambil masa untuk mengulangkaji semula. Selepas difikirkan.. susah untuk meninggalkan banyak perkara dari Kitab ini, saya mengambil keputusan untuk dipecahkan kepada beberapa siri.

Kali ini saya akan mengambil keratan2 mengenai salah satu syarahan Syeikh Abdul Kadir Jailani yang telah disampaikan kepada pendengarnya mengenai NAFSU DAN SIFAT SABAR. semoga menjadi ingatan dan panduan buat diriku dan pembaca semua...

"....Orang yang mengkritik Allah S.W.T kerana suatu takdir yang dijadikan oleh Allah kepadanya, adalah membelakangkan agama, tauhid, tawakkal dan keikhlasan, seorang mukmin akan menerima dengan redha segala yang ditakdirkan Allah keatas dirinya. Dia tidak mengetahui bagaimana dan apa sebenarnya dalam ilmu Allah. Oleh itu dia redha menerima takdir Allah itu.

Hawa nafsu itu adalah satu musuh besar. Oleh itu lawanlah dia dengan sedaya upayamu. Hawa nafsu sentiasa hendak menjahanamkan kamu. Jika nafsu itu dapat dikawal dan di'control' untuk menurut jalan Allah, maka dapatlah seseorang itu menghindarkan dosa dan maksiat dan menjlnkan perintah2 Allah. Janganlah hendaknya nafsu itu meng'control' seseorang. Capailah taraf nafsu yang MUTMA'INNAH (aman damai) seperti firman tuhan 'wahai nafsu yang aman tenteram, kembalilah kepada tuhanmu dengan redha lagi diredhai'.

Nafsu yang MUTMA'INNAH ini akan menjadi gila berahi dengan Allah dan segala dosa dan maksiat akan hapus darinya. Putuslah hubungan nafsu itu dengan makhluk. Lalu kembali kepada Allah S.W.T jadilah dia seperti moyangnya Nabi Ibrahim Alaihi salam. Semua nafsu yang angkara murka itu dihapuskan dan timbullah nafsu yang aman damai yang membawa kedamaian dan ketenteraman jiwa.


.......Wahai hamba2 Allah, mula2 kawallah nafsumu, kemudian barulah mengawal orang lain, sucikanlah nafsumu dan jangan kira orang lain kerana anda terpaksa membersihkan bayak perkara. Ketahuilah, diri anda sendiri sedang tenggelam, bagaimana anda hendak menolong orang lain? anda sendiri buta, bagaimana hendak menunjukkan jalan kepada orang lain? Hanya orang yang pakar berenang boleh menyelamatkan orang yang sedang tenggelam, dan hanya orang yang tidak buta yang boleh menunjukkan jalan. Hanya orang yang mempunyai makrifat Allah yang membimbing orang lain kepada Dia. Bagaimana orang yang tidak ada makrifat, membawa orang lain kepada Dia?

Selagi anda cinta kepada Allah dan bertindak kerana Allah, dan bukan kerana yang lain, dan selagi anda takut kepada Allah dan bukan kepada yang lain, maka anda tidak ada kuasa hendak mengkritik perbuatan2Nya. Hal ini dapat dicapaidengan menyucikan hati dan bukan dengan kata2 shj, dengan memencilkan diri dari orang ramai dan bukan dengan bergaul dengan orang ramai. Apabila tauhid berada dimuka pintu tetapi syirik berada di dalam rumah, maka itu adalah munafik! Anda salah dengan perkataan dan berdosa dengan perbuatan.....

....Dunia ini ibarat dapur bagi wali2. Dan akhirat adalah arkitek mereka. Apabila kasih kepada Allah bertambah, maka tertabirlah dia dari dunia ini. Jadilah objek dia itu Allah semata. Tidak perlu lagi kepada dia dunia dan akhirat pun.

Anda pembohong, dalam menikmati perkara2 yang baik, anda mengaku berdampingan dengan Allah. Apabila sesuatu bencana menimpa anda, anda lari seperti tidak ingat Allah lagi. Iman seseorang itu akan diuji. Apabila ditimpa bencana dari tuhan dan anda bersabar, maka itu menunjukkan anda berdampingan dengan tuhan, jika anda tidak bersabar, maka apa kata anda menganyatakan anda berdampingan dengan tuhan adalah kata2 yang palsu belaka. Dalam masa ujian inilah kepalsuan seseorang itu dapat dilihat. Rugilah orang yang berdusta itu...."

1 comment:

  1. PLease visit us at http://airsetitik.tk

    Regards-Airsetitik Team

    ReplyDelete