Sunday, November 30, 2008

Dia dan tulisannya


Hasrat hati nak upload memori sepagi di pusat rekreasi Sg. Bantang Bekok. Tapi, check dlm pen drive, aik! mana pula gi gambar.... lalu teringat satu artikel dalam akbar semalam yang sangat menyentuh hati dan perasaan, tiba-tiba rasa sebak... Dia, sebelum ini memang saya tak kenal, lagi orang luar Johor, memang tak berapa nak ambil perkembangan...tapi sejak dia menjawat jawatan itu, saya sering terdengar-dengar akan suaranya, terlihat-lihat tulisannya, terpandang-pandang pesembahan melalui video...Dia, bagi saya adalah antara insan yang berjiwa kuat memperkukuhkan tali agama....


Wahai tuhanku ampuninya dosanya, keluarganya...Berkati usahanya dalam berjuang kerana agama



Lihat petikan ini;


Hari ini adalah hari terakhir saya sebagai Mufti Perlis. Ini bererti, Pena Mufti kali ini adalah Pena yang akhir daripada saya bagi ruangan ini. Menjelang jam 12 malam ini, maka tamatlah tugasan saya sebagai seorang mufti di Negeri Perlis. Insya Allah, pada jam 10.45 pagi esok (isnin) saya akan bertolak ke United Kingdom bagi cuti sabatikal saya. Saya akan menyempurnakan –dengan izin Allah- kajian perbandingan mengenai tafsiran hadis antara fundementalis dengan orientalis.
Dua tahun sebulan saya menjadi mufti. Izinkan saya pada hari ini menceritakan sedikit pengalaman yang ringkas dalam tempoh tersebut. Bukan untuk menunjuk-nunjuk, sekadar berkongsi pengalaman dengan para pembaca yang selalu setia. Jika ada yang baik boleh diambil manfaat, jika ada yang buruk, wajar dijauhi.



Baca penuh klik di sini.



Saya pernah membawa nama ini dalam perbincangan mak abah.... mm...tulisan Dr memang menunjukkan situasi yang sebenar... namun saya tetap menganggapnya antara insan yang boleh membantu agama kita

Sedang nabi ujiannya pun maha hebat, apalagi kita.....


Semoga pemimpin agama kita, akan terus berjuang dan berjuang di akhir zaman yang serba tak bersempadan ini...dan kita sebagai rakyat mari perbaiki dan teguhkan amalan.


Allahu Akbar!!

4 comments:

  1. mmmmm....saya pun peminat bekas mufti negeri perlis ni. Maklumlah, mufti yang agak controversial. He is different.

    ReplyDelete
  2. Ye anonymous...
    Cara kita jd peminat bknlah smpi mengagung2kan seseorang...
    Kita menghormati dia sebagai penunjuk jalan, pemimpin kebenaran..
    Moga lebih ramai antara kita yang memilih utk mencari penunjuk cahaya agama dari cahaya kesesatan..
    Amin..

    ReplyDelete
  3. betul ke Mufti Perlis ini wahabi, wallahualam... sbb saye pernah dengar kuliahnya yang menfikan salah satu ape yg ahlussunnah percaya...

    ReplyDelete
  4. Buat hamba Allah,
    adalah lebih baik bila kita bertanya pada sasaran yg tepat.
    Adalah membimbangkan jika kita asyik bertanya tentang pegangan seseorang utk melihat perbezaan, lbh takut jika hati yang belum mantap akan mengikut dr sekadar ikutan bukan tujuan mentauhidkan Allah.
    Mari kita perbanyakkan tahajjud utk ketetapan hati.
    Al-Qur'an ada menyebut satu bangsa yg suka sgt mempersoal dan akhirnya dia mempersenda apa yg ditanya hingga menolak kebenaran.
    Na'uzubillah..

    ReplyDelete