Wednesday, November 19, 2008

Tanah Johor...

Beberapa hari ni hati saya asyik tersenyum simpul dengan lawatan blogger Johor, anak Johor..bukan kata ada semangat kenegerian...tapi entah napa, sukanye tu mcm budak kecil.

Baru-baru ni saya ditegur oleh seseorang semasa dlm perjalanan kerana tidak mengetahui status kawasan, tanah. Entah milik siapa, entah siapa pengusaha. Saya jadi malu tahap 'merah' walaupun muka nampak macm cover cool je. Bila difikir-fikirkan balik, memang betul...kita jangan terlalu mengambil tidak endah tentang apa yg berlaku disekitar kita. Sikap tidak terlalu mengambil tahu ini mungkin menjadi punca tanah warisan kita boleh hilang sekelip mata. Anak2 muda perlu disemai rasa kecintaannya pada Negara supaya jangan dirampas oleh musuh. Kadang-kadang musuh tu ada disekeliling kita, memang tak nampak sebab dia dalam selimut. So beware!

Parent sy pun dah pernah terkena...sdkt tanah di tepi sungai diceroboh secara sedar oleh pihak tidak bertanggungjawab semasa proses pembersihan tanah bagi penanaman semula pokok kelapa sawit. Dia mengambil sikap tidak peduli tanpa memohon maaf untuk berunding atau berbincang. Mungkin jg sikap 'cool' abah, buat dia ambil kesempatan untuk menikam..ish,geram!

Dalam keluarga pun begitu, dek kerana tanah janganlah hendaknya bergaduh adik-beradik baik org tua kita masih hidup atau telah meninggal dunia. Teringat waktu sekolah Agama dulu belajar bab Faraid (pembahagian harta pusaka). Kebanyakkan yang bergaduh2 tu agaknya sebab ahli-ahlinya ada yg tak faham, ada yang jahil mungkin.... Kemudian wujud pula tindas-menindas hingga membawa ke generasi-generasi mendatang..kasihan...

Anak kecil main api..
terbakar hatinya yg sepi...
air mata darah bercampur keringat..

Ada tak sesiapa yang tahu tentang lagu ni, tolong sambungkan liriknya...

'Hidupkan darah perjuangan!'

4 comments:

  1. kalau bab pusaka ni... memang klu boleh x mau trlibat. dengan anak2 pun slalu pesan.. harta ibu bapa jangan berebut.. pakat baik2. yang eloknya cari harta sendiri dgn keringat sendiri.. mana tau abah dan ibu disana x senang nk mengadap.. kesiankan....

    ReplyDelete
  2. Salam buat Ustazah,
    Terpanggil sungguh bila membaca tulisan ustazah.
    Bila boleh turun JB bagi ceramah sempena cuti sekolah...gurau aje
    http://www.dejohore.com
    http://www.malaysiaworker.blogspot.com
    http://www.belikeretabaru.blogspot.com
    "Johor Negeriku selamanya"

    ReplyDelete
  3. Md. Nor,
    Gulp! gulp!
    terkejut dipanggil ustazah..
    apapun tq..
    Pasal ceramah/program/dll kan bagus klu buat jv/partner.

    ReplyDelete
  4. Izan,
    sama-sama kita doakan untuk ibubapa kita, keluarga kita, jiran-jiran sedara-mara kita..

    ReplyDelete